Oh e-Book

Kongsi Panduan Dari Ebook

7 Kemahiran Asas Dalam Jualan

Baru-baru ini saya menerima email daripada Tuan Sabree Hussin yang berkongsikan salah satu konten yang  saya kira agak menarik, yang beliau petik dari buku berjudul "The Psychology of Selling" oleh Brian Tracy iaitu 7 Kemahiran Asas Dalam Jualan.

7 Kemahiran Asas Dalam Jualan


7 kemahiran asas dalam jualan


1. Mencari bakal pelanggan 


- Lazimnya dikenali dengan nama prospecting.

- Ramai yang saya perhatikan meninggalkan bahagian
penting ini atau pun buat salah pada peringkat permulaan
ni lagi.

- Contohnya iklan yang anda bina di FB, adakah untuk tujuan
prospecting atau untuk tujuan branding? Awareness?

- Atau anda mengharapkan dari iklan yang dibuat sambil
lewa boleh terus menghasilkan jualan?

2. Membina persahabatan


- Kesilapan lazim seorang jurujual, mereka gagal
untuk memperkenalkan diri, tetapi terus ingin menjual.

- Lazimnya usaha jualan akan berakhir dengan kegagalan
zero. Tak ada yang akan terus membeli lebih-lebih lagi
kalau kita tak kenal siapa penjual tu.

- Ditambah sekarang ni, terlalu kerap berlaku kes-kes
penipuan yang melibatkan transaksi internet. Jadi
semua orang akan lebih berhati-hati.

3. Membuat persembahan Jualan


- Membuat persembahan jualan secara online sedikit
berbeza dengan kaedah offline

- Jujurnya, persembahan jualan
secara online lagi mudah. Anda hanya perlu
sediakan laman web dan biarkan laman web tersebut
melakukan jualan bagi pihak anda (dengan syarat anda
juga perlu tahu apa perlu ditulis dalam laman web tersebut)


- Sebagai contoh :-



Ini adalah contoh halaman jualan, dan ayat-ayat yang terkandung
di halaman jualan dikenali sebagai surat jualan.


Dengan adanya halaman jualan dan surat jualan, kerja
kerja presentation jadi lagi mudah.



4. Mengenali keperluan

- Adakalanya prospek tak akan terus membeli, melainkan kita
dah benar-benar tahu apa sebenarnya yang dicari oleh
prospek kita.

- Tak ada masalah, sebabnya bila kita dah kenal mereka,
dan mereka pun dah kenal kita, mereka tak ada masalah
untuk bersikap lebih terbuka dengan kita.



5. Menjawab bantahan

- Ini adalah sesuatu yang jarang kita akan temui bila berniaga
secara online.

- Justeru, mereka yang pemalu, takut kena reject, amat
sesuai untuk menceburi bidang pemasaran dan perniagaan
online



6. Mendapatkan pesanan

- Closing the deal

- Mudah sahaja jika kita dah berjaya memperoleh
kepercayaan bakal pelanggan



7. Mendapatkan jualan ulangan & mengesyorkan

- Repeat sales

- Kita juga inginkan kelebihan untuk mengesyorkan
produk-produk lain yang mungkin sesuai dengan
pelanggan kita


........

Semoga perkongsiaan ini bermanfaat, 
 
 Kredit to : Tuan Sabree Hussin
 
 
Penulis Ebook :
 
 
 
0 Komentar untuk "7 Kemahiran Asas Dalam Jualan"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen.


 
Copyright © 2014 Oh e-Book - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info