Oh e-Book

Kongsi Panduan Dari Ebook

Ebook Indahnya Malam Pertama Pengantin

Jika kita memperkatakan tentang malam pertama bagi para pengantin baru, sudah tentu ianya bakal membawa seribu satu kenikmatan dan pengalaman yang manis-manis belaka. Anda sebagai bakal pengantin baru sepatutnya tidak harus melepaskan peluang untuk mengecapi kenikmatan-kenikmatan ini.

Indahnya Malam Pertama - Malam 1001 Kelebihan & Kenikmatan


panduan malam pertama pengantin baru

Diantara kelebihan yang bakal anda perolehi bukan sahaja ketika malam pertama itu sendiri tapi selepas saat malam pertama pengantin anda nanti adalah ianya boleh mengeratkan serta mengukuhkan lagi perhubungan diantara anda bersama pasangan anda.

Setelah anda berkawan atau bercouple, lepas je malam pertama nanti, saya jamin anda dan pasangan anda akan lebih intim dan lebih manja. Barulah hidup anda akan lebih berseri dan bahagia.

Malam Pertama juga merupakan titik permulaan dan langkah pertama dalam usaha anda dan pasangan untuk mendapatkan zuriat. InsyaAllah, kita mohon doa agar Tuhan mengurniakan zuriat-zuriat yang soleh dan solehah buat anda dan pasangan.

Bila dah ada anak-anak kecil ni, rumahtangga anda akan menjadi lebih ceria dengan kehadiran tangisan dan  gelak tawa si kecil yang comel tu.

[+] Rahsia Menambat Nafsu Suami

Betul tak? Dengan adanya anak, ianya menjadi pelengkap buat keluarga anda. Bak kata orang, barulah cukup korum dalam keluarga yang bakal anda bina nanti.

Selain itu, malam pertama akan menjadikan anda seorang yang lebih fokus dalam melakukan aktiviti seharian anda.

Erk..apa pula kaitannya? Mungkin anda tertanya-tanya. Sebabnya begini, ketika malam pertama lah anda akan melakukan hubungan seks buat pertama kalinya dalam hidup anda.

Salah-satu tuntutan dan kehendak paling penting dalam hidup anda telah pun berjaya dipenuhi iaitu keperluan seksual anda. Menurut kajian dan ajaran dalam Islam juga, seseorang yang menyalurkan kehendak seksualnya (ke jalan yang betul dan halal) hidup dia akan menjadi lebih tenang dan daya tumpuan akan lebih tajam serta dapat dipertingkatkan.

Dengan itu, segala aktiviti dan pekerjaan seharian anda akan menjadi lebih efesyen dan efektif. Hubungan seksual di malam pertama pengantin dapat juga menjamin kebahagiaan anda bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak juga nanti.

Maksiat dapat dielakkan terutama sekali diantara anda dan pasangan anda. Ye lah, waktu berkawan atau bercouple dulu saya percaya dan tak nafikan, dugaannya amat besar sekali untuk kita. Lebih-lebih lagi dalam mengelakkan diri daripada melakukan maksiat.

Tapi usah risau, dah kahwin nanti, semuanya halal. Anda nak bersentuhan, bermesra dengan isteri atau suami anda pun tak de orang yang nak marah.

Dari sudut kesihatan pula, tahukah anda bahawa hubungan seks sesama suami isteri mampu menjadikan anda awet muda?

Ya, memang betul. Terdapat kajian yang menyatakan jika kita melakukan hubungan seks (yang halal ye) tiga kali seminggu secara konsisten, wajah kita boleh kelihatan 4-7 tahun lebih muda dari usia sebenar kita.

Ini kerana melalui aktiviti seks, darah yang mengangkut oksigen dapat dipam dengan lebih banyak ke seluruh tubuh badan anda yang boleh membawa segala nutrien untuk kesihatan kulit anda. Wajah kaum wanita yang berseri-seri juga adalah lambang kepuasan seks yang mereka alami.

[+] Teknik Menambat Nafsu Suami Isteri

Seks sesama suami isteri merupakan sesuatu yang suci di sudut agama Islam. Malah agama-agama lain turut sama berpendapat begitu. Hubungan seks sesama suami isteri merupakan suatu ibadah seterusnya jalan untuk mendapatkan pahala.

Jadi, saya pasti anda sudah jelas mengenai beberapa kelebihan dan kenikmatan yang bakal anda perolehi selepas anda menempuhi malam pertama pengantin anda nanti.

Di sini saya ringkaskan kembali kelebihan-kelebihan tersebut :
  • Mengeratkan lagi hubungan anda dan pasangan setelah lama berkawan/bercouple
  • Langkah pertama dalam usaha mendapatkan zuriat yang soleh/solehah
  • Daya tumpuan fokus anda menjadi lebih tajam
  • Jaminan kebahagiaan di dunia dan di akhriat
  • Langkah pertama kearah mengekalkan wajah awet muda
  • Mendapat ganjaran pahala

Seterusnya saya akan dedahkan kepada anda beberapa perkara yang ada kemungkinan besar menjadi halangan buat anda sebelum menghadapi Malam Pertama yang penuh dengan kenikmatan ini.

Perkara-perkara tersebut mungkin juga anda tidak sedar selama ini yang menghantui fikiran anda. Tapi usah risau, segala ‘mimpi ngeri’ tersebut bakal anda atasinya melalui panduan-panduan yang bakal saya kongsikan dalam bab-bab yang seterusnya.

Amat penting buat anda untuk mengenali perkara tersebut kerana ianya merupakan punca-punca
yang boleh menggagalkan anda dalam mengecapi nikmat sebenar malam pertama pengantin anda kelak.


Baiklah jika anda ingin membaca bab-bab yang seterusnya silalah kel laman web Indahnya Malam Pertama Pengantin. Jangan lupa untuk download.


Sekian dari saya. Semoga bermanfaat.

2 Komentar untuk "Ebook Indahnya Malam Pertama Pengantin"

sesuai untuk mereka yang nak kahwin..

Memang sangat sesuai ni sebagai persediaan :-)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen.


 
Copyright © 2014 Oh e-Book - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info