Oh e-Book

Kongsi Panduan Dari Ebook

Cara Nak Mula Bisnes Kad Kahwin

Cara Nak Mula Bisnes Kad Kahwin : Anda mungkin tertanya-tanya, adakah benar boleh jana empat hingga lima angka hanya dengan kad kahwin? Saya mahu kongsikan kepada anda bagaimana menjana jualan empat hingga lima angka sebulan di dalam bisnes kad kahwin.

Cara Nak Mula Bisnes Kad Kahwin

Kad kahwin merupakan satu niche atau keperluan khusus dalam majlis perkahwinan. Kebiasaannya kad kahwin akan ditempah awal sebelum diedarkan kepada para jemputan. Bisnes dalam bidang ini merangkumi proses tempahan, design, pencetakan dan penghantaran. Tetapi anda tidak perlukan semua perkara berikut untuk memulakan perniagaan kad kahwin anda kecuali proses tempahan.

bisnes kad kahwin

Yang paling menarik sekali anda boleh menjalankan perniagaan kad kahwin menggunakan sistem dropship. Anda tak perlu ke pejabat pos, tak perlu berjumpa dengan pelanggan, tak perlu mengharungi kesesakan lalu lintas, tak perlu mesin cetak sendiri dan tak perlu pekerja yang ramai.

Mengapa Bisnes Kad Kahwin?

Bisnes kad kahwin merupakan satu bisnes lumayan jika anda tahu cara yang betul untuk menjalankan bisnes ini. Statistik menunjukkan bahawa lebih 150,000 pasangan berkahwin di Malaysia setiap tahun. Ini merupakan satu saiz pasaran yang besar untuk memulakan bisnes anda.

Contohnya jika 150,000 orang menghabiskan bajet dalam lingkungan RM500 seorang, maka saiz pasaran di Malaysia bernilai RM75,000,000. Ya! RM75 JUTA hanya untuk kad kahwin sahaja. Pertambahan penduduk di Malaysia dan peningkatan kuasa membeli akan meningkatkan permintaan kad kahwin. Mari kita lihat statistik perkahwinan di Malaysia dan kadar peningkatannya bermula dari tahun 1990 hingga tahun 2008.

Berapa Keuntungan Bisnes Kad Kahwin?

Kadar keuntungan kad kahwin adalah ditetapkan oleh anda sendiri. Kebiasaannya keuntungan kad kahwin adalah sebanyak 50% - 200% daripada harga kos. Contohnya jika harga kos kad kahwin anda berharga RM300 anda boleh untung sebanyak RM150 hingga RM600 untuk 1 tempahan.



Semua ini bergantung kepada jenis kad, design dan finishing yang anda gunakan. Jika anda mengambil keuntungan RM200 untuk 1 tempahan, 10 tempahan anda sudah dapat RM2000. Logik bukan jika saya katakan jualan saya boleh mencapai 4-5 angka SEBULAN? Malahan anda juga boleh dapat untung daripada barang-barang lain yang dipakejkan bersama kad kahwin anda.

Jadi jika anda ingin belajar dengan lebih lanjut untuk memulakan bisnes kad kahwin, sila rujuk Panduan Bisnes Kad Kahwin

2 Komentar untuk "Cara Nak Mula Bisnes Kad Kahwin"

bagus ini untuk mereka yang berminat..

p/s :Happy blogwalking from admin blog>>> mrhanafi.com

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen.


 
Copyright © 2014 Oh e-Book - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info