Oh e-Book

Kongsi Panduan Dari Ebook

Cara Jahit Baju Kurung Mudah Dan Lengkap

Cara Jahit Baju Kurung Mudah Dan Lengkap. Adakah Anda sedang mencari cara terbaik untuk belajar menjahit baju kurung. Sudah melayari internet untuk mendapatkan cara menjahit baju kurung, tetapi hasilnya amat menghampakan Ingin mengikuti kelas menjahit baju kurung, tetapi kos yang terlalu tinggi sehingga mencecah RM200 membuatkan anda berfikir banyak kali. Sudah membeli buku yang menunjukkan cara menjahit baju kurung, tetapi anda tidak faham arahan yang diberikan.

Panduan Cara Jahit Baju Kurung

  • Saya tahu anda berminat untuk belajar menjahit tetapi langsung tiada asas jahitan tidak tahu dari mana hendak bermula.
  • Anda pernah belajar cara menjahit baju kurung, tetapi akibat lama tidak mempraktikkannya anda sudah lupa caranya.
  • Anda ingin mengisi masa lapang dengan hobi yang bermanfaat, menguntungkan dan menjimatkan?
  • Ataupun anda sedang mencari pendapatan tambahan bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat. Anda sedang mencari jalan untuk mengambil hati ibu mertua anda...
  • Anda seorang lelaki dan berminat untuk belajar cara menjahit baju kurung, tetapi memikirkan anda akan dikelilingi oleh pelajar wanita apabila mengikuti kelas menjahit, niat tersebut terus dibatalkan…
  • Anda nak ‘save budget’ dengan menjahit sendiri baju kurung anda ataupun baju keluarga anda...
  • Anda selalu merasa tidak puas hati dengan hasil kerja tukang jahit yang menjahit baju   anda, ada saja yang tidak kena...samada anda yang terlalu cerewet atau tukang jahit tersebut yang salah...
  • Kelas menjahit yang ingin anda hadiri bermula dari 10 pagi dan berakhir pada pukul 5 petang pada hujung minggu Sabtu dan Ahad, anda tiada masa..
Sekarang, sudah ada cara mudah, cepat dan praktikal untuk anda belajar cara menjahit baju kurung... Inilah Penyelesaiannya...

cara jahit baju kurung

Ebook Jahit Baju Kurung Tradisional - Panduan Langkah Demi Langkah ini dilengkapi dengan illustrasi, gambar sebenar dan teks keterangan yang amat mudah difahami dan diikuti secara praktikal. Kepada anda yang ingin belajar menjahit tetapi tidak pasti bagaimana ingin memulakan minat tersebut, inilah panduan yang bertepatan dengan anda. Mari mulakan dengan belajar menjahit baju kurung. Ebook ini secara dasarnya menunjukkan cara menjahit baju kurung dan asas-asas tersebut juga dapat digunakan untuk membuat lain-lain jenis baju.

Modul 1: Pengenalan

Anda akan didedahkan dengan asas menyiapkan baju kurung. Penerangannya disertakan dalam setiap modul yang berkaitan. Pentingkah bahagian ini? Ya, ini bagi memastikan proses keseluruhan dalam menyiapkan sepasang baju kurung lebih mudah. Apabila anda sudah memahami asas baju kurung, anda bebas mengubah saiz-saiz tertentu kepada saiz yang disukai. Anda juga bebas mengabaikan langkah-langkah tertentu dalam menjahit baju kurung apabila anda sudah yakin dan mahir kelak.

Modul 2: Teknik Mengambil Ukuran

Ketahui teknik-teknik mengambil ukuran berdasarkan ukuran badan dan baju contoh. Belajar cara mengambil ukuran semua bahagian baju kurung untuk menentukan ukuran termasuk ukuran pesak, kekek dan lain-lain lagi. Apabila ingin memastikan baju yang dijahit selesa dipakai, ukuran yang diambil perlulah betul.

Modul 3: Teknik Melukis Pola

Secara asasnya, pola diperlukan untuk menghasilkan sehelai baju. Pola digunakan untuk memudahkan proses memotong kain dan mengelakkan kesilapan. Di dalam panduan cara menjahit baju kurung ini anda akan mempelajari secara terperinci bagaimanakah cara melukis pola yang betul dari mula hingga akhir. Belajar cara mudah melukis pola untuk semua bahagian baju.

Modul 4: Teknik Memotong Kain

Bagaimana cara memotong kain menggunakan pola? Bagaimana memastikan kain dipotong dengan ukuran yang tepat? Anda akan diajar teknik-tekniknya. Bagaimana memotong kain yang licin dan lembut untuk mendapatkan bahagian-bahagian potongan baju kurung yang sama dan selari? Teknik rahsia memotong kain jenis ini saya berikan secara percuma. Memotong kain yang lembut dan licin adalah sukar. Tetapi dengan cara ini, anda boleh memotongnya dengan mudah dan cepat. Isi butiran seperti yang diperlukan di bawah untuk mendapatkan teknik itu secepat mungkin.

Modul 5: Teknik Menjahit Kain

Bagaimanakah cara menjahit bahagian-bahagian baju yang sudah dipotong? Bagaimana mencantum pesak dengan kekek baju kurung? Bagaimana mencantum lengan baju kurung? Bahagian mana yang perlu disambung terlebih dahulu? pesak, kekek, lengan atau bahagian-bahagian badan yang lain? Ketahuinya di sini. Anda juga akan diajar teknik menjahit kain susun tepi, teknik memasang zip, teknik menentukan saiz kain dan juga cara membuat susunan kain kemas dan selesa dipakai.

Modul 6: Teknik Menjahit Poket Baju

Baju kurung yang mempunyai poket di bahagian tepi baju menjadi pilihan sesetengah pemakai. Poket pada baju kurung sangat sesuai untuk baju kurung kanak-kanak. Bagi orang dewasa, Ini memudahkan mereka meletak dompet dan telefon bimbit tanpa perlu membawa beg tangan. Kemahiran ini dapat memberikan kelebihan kepada anda untuk memenuhi kehendak individu yang mahu poket pada baju mereka. Anda akan belajar cara menjahit poket baju kurung di sini.

Modul 7: Teknik Menjahit Leher Baju

Bagaimanakah menentukan saiz lubang leher? Bagaimanakah caranya menebuk lubang leher? Anda akan belajar cara menjahit lubang leher baju kurung daripada mula sehingga akhir. Amat mudah untuk anda memahaminya kerana disertakan dengan illustrasi dan gambar sebenar. Hanya ikuti arahan yang ditunjukkan untuk menghasilkan leher baju yang cantik dengan saiz yang tepat.

Modul 8: Teknik Menjahit Pinggang Kain

Bagaimana ingin memastikan bahagian pinggang kain baju kurung yang dijahit dengan getah ataupun pengeras menjadi kemas dan selesa dipakai? Anda akan belajar tekniknya. Anda akan diajar dua cara menjahit pinggang kain iaitu dengan menggunakan getah sahaja dan dengan menggunakan getah yang dicampur pengeras. Setiap langkah ditunjukkan satu persatu dan amat mudah untuk anda mengikutinya secara praktikal.


Modul 9: Teknik Menjahit Span Bahu

Anda akan ditunjukkan cara mudah bagi menyiapkan span untuk dijahit pada bahagian bahu. Teknik yang salah akan menyebabkan baju yang dijahit tidak selesa dipakai. Pastikan cara menjahit span pada bahagian tersebut betul bagi memastikan keselesaan apabila baju dipakai.

Modul 10: Teknik Menyiapkan Kemasan Akhir

Anda akan diajar cara menjahit kemasan-kemasan akhir di bahagian lengan, bawah baju dan leher baju kurung. Teknik bagi memastikan kemasan akhir yang dilakukan mendapat hasil yang kemas dan selesa dipakai ditunjukkan di sini.

Anda berjaya menyiapkan sepasang baju kurung yang sedia untuk dipakai selepas menyiapkan bahagian ini.

Saya berminat nak belajar jahit baju kurung, tapi perlu ada mesin jahit dulu ke…

Agak mustahil untuk anda menjahit sepasang baju kurung menggunakan tangan melainkan anda betul-betul sabar dan gigih. Walaubagaimanapun, langkah-langkah menyiapkan sepasang baju kurung bukan hanya melibatkan penggunaan mesin jahit. Anda boleh mulakan dengan belajar memahami asas baju kurung, teknik mengambil ukuran, menyiapkan pola dan memotong kain. Kemudian, kain yang sudah siap dipotong boleh dihantar untuk dijahit tepi di kedai jahit yang menawarkan servis tersebut. Anggaran upahnya antara RM1.50 – RM2.00 sepasang. Apabila sudah mempunyai mesin jahit, anda bolehlah menyambung bahagian-bahagian yang telah dipotong.

Mahirkan teknik-teknik tersebut dengan mengaplikasikannya kepada beberapa helai baju terlebih dahulu. Apabila mempunyai bajet yang mencukupi anda bolehlah mendapatkan sebuah mesin jahit. Mesin jahit baru dengan fungsi menjahit lurus dengan 1 tahun jaminan boleh didapati dengan harga serendah RM300. Terpulang kepada kemampuan anda untuk memiliki mesin jahit yang lebih canggih dengan fungsi yang pelbagai.

Anda juga tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak sekaligus jika membeli mesin jahit dengan bayaran secara ansuran bulanan. Buatlah tinjauan di internet atau mana-mana kedai untuk mengetahui harga dan spesifikasi pelbagai jenis mesin jahit daripada pelbagai jenama yang ada di pasaran.

Sekiranya anda berminat untuk belajar menjahit dan sedang berkira-kira untuk memulakan langkah pertama dengan mempelajari cara membuat baju kurung, ketiadaan mesin jahit bukanlah penghalang untuk anda memahirkan diri dengan langkah-langkah penting lain yang terlibat dalam menyiapkan sepasang baju.

Saya langsung tak ada asas jahitan…

Ini langsung tidak perlu dirisaukan jika anda menggunakan ebook ini sebagai panduan untuk belajar menjahit baju kurung. Ebook ini dilengkapi dengan illustrasi, teks keterangan dan gambar sebenar bagi memastikan setiap langkah yang ditunjukkan dapat difahami dan diikuti secara praktikal. Apa yang patut ada pada anda adalah minat dan kesungguhan.

Dengan mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan di dalam ebook ini secara praktikal, anda pasti dapat menyiapkan sepasang baju kurung hasil jahitan sendiri...

Dapatkan Panduan Cara Jahit Baju Kurung sekarang --> Panduan Jahit Baju Kurung

0 Komentar untuk "Cara Jahit Baju Kurung Mudah Dan Lengkap"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen.


 
Copyright © 2014 Oh e-Book - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info